Monday, December 23, 2013

Ilmu Perlu Di Share.........

Kita beragama Islam tidak dibenarkan mengucapkan Selamat Hari Krismas pada orang kristian......dan ucapkan Selamat Hari Natal/Krismas/Tahun Baru kerana ada dalam Hadith Nabi:

...Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain bererti ia telah kafir dan neraka jahanam tempatnya...... (HR. Bukhari Muslim).


Thursday, December 19, 2013

Catatan Baru Banyak Penyelesaian Perlu Menyelesaikan Masalah

Kita tidak boleh fikir sendiri, tanya kawan tolong kita.....minta kepada Allah lapangkan urusan....Apa yang difikirkan tu....di Alamanda Putra Jaya pada waktu malam.....
ICT di Shah Alam..............2010 Hari Raya
Banyak betul bag.....tak cukup tangan........apa pun nampak ringan je.....di Air Port Lahadatu Sabah Mei 2013 naik Mas Wings....................

Wednesday, December 18, 2013

Menonton Di Panggung Wayang

Menonton di panggung wayang hanya sekadar menghabiskan dan membuangkan masa. Mensia-siakan waktu hukumnya berdosa, tidak kiralah cerita di panggung tersebut ditaja ataupun tidak ditaja oleh pihak tertentu. Apatah lagi jika ditaja oleh minuman keras, sudah jelas berdosa kerana bersubahat dan mengganggu hati serta merosak jiwa dan akhlak. Bahkan, secara umumnya kita mengetahui bahawa cerita-cerita yang ada di panggung wayang ketika ini kebanyakannya berunsur lucah dan ganas serta melalaikan dan membuang waktu.
Sesungguhnya setiap muslim itu diperintahkan supaya benar-benar menjadi pengikut Islam dan memiliki sifat-sifat orang beriman seperti difirmankan oleh Allah SWT. dalam ayatNya yang bermaksud, "Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat, mereka akan melewati mereka (berlalu sahaja) dengan menjaga kehormatan diri." (Al-Furqaan, ayat 72)
Dinyatakan dalam ayat yang di atas bahawa percakapan yang sia-sia, komedi lucu yang mengarut, hiburan yang tiada bermanfaat dan semua bentuk dosa adalah ditentangi. Begitu juga ayat ini mengutuk segala perbuatan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang mana panggung wayang dikatakan memainkan peranan yang besar. Untuk mereka yang memilih untuk menghabiskan masa lapang dengan hiburan dan pertunjukan yang melalaikan, Allah SWT. telah berfirman yang maksudnya, "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebik baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-An'am, ayat 32)

Dilarang Membunuh 4 Jenis Binantang

Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.

Oh Ibu.....


 Menyakiti hati ibu merupakan kederhakaan yang paling besar setelah musyrik kepada Allah. Apatah lagi tidak menegur ibu sendiri lantaran sikapnya yang tidak sesuai dengan kita maka dosanya bertambah-tambah besar. Di dalam Islam jika ibu kita seorang yang kafir sekalipun kita tidak dibenarkan untuk menyakiti hatinya bahkan disuruh berbuat baik dengannya dan melayannya dengan cara yang baik pula.
Bertaubatlah kepada Allah dengan segera minta maaf kepada ibu anda, kerana jika ibu anda tidak redha dan tidak memaafkan anda, maka akan melenyapkan rahmat Allah terhadap anda. Jika ini yang terjadi dikhuatirkan anda akan menjadi insan yang menyesal berpanjangan. Tentang keperibadian ibu terhadap ayah anda dan terhadap diri anda sendiri biarlah menjadi tanggungannya, namun sebagai seorang anak tetap wajib melayan ibu dengan cara yang baik.
Sentiasalah berbuat baik kepada ibu meskipun ia tidak melayani sesuai dengan hati dan nurani kita. Jangan balas kekerasan sikap ibu dengan kekerasan juga tetapi balaslah kekerasannya dengan kelembutan agar hatinya menjadi lembut dan menyayangi anda. Layanlah ayah anda yang sakit itu dengan cara yang baik sesuai dengan kemampuan dan mintalah pengertian dan pertolongan suami dalam menghadapi masalah anda ini agar ia memahaminya dan tidak merasa keberatan atas sikap anda yang menyempatkan diri untuk membantu dan menolong ayah. Sebab keredhaan suami terhadap isteri sangat penting bagi memperoleh keredhaan Allah SWT.

Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat sesuatu yang menyakiti perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan juga melanggar nasihat-nasihatnya. Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu dalam hati juga termasuk didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia sama dengan membenci mereka, perkara ini jelas termasuk dalam dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berupaya agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan melalui hasutan-hasutannya." (HR. Ad Dailami daripada Umar ra) Tidak layaklah menyimpan rasa marah dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat dengan mohon kemaafan kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Tuesday, December 17, 2013

Jurusemak Mesti Betul Berani Ditempelak..........

Apabila penyemak mendapati yang disemak tidak mengikut peraturan, penyemak mesti berani memberikan jawapan apabila ditempelak.......untuk membetulkan kesalahan bukan mudah beza dengan membuat kesalahan untuk mendapat keuntungan seperti yang haram menjadi halal.....

Nostalgia.........

Masa Hari Raya......
Masa cabut gigi.......

Berani Menyampaikan Pasrah Terima Teguran

Bukan senang untuk menyampaikan. Kadangkala tak faham,
kadangkala senang faham, kadangkala jadi lucu dan kadangkala jadi bertekak.....semuanya kena pasrah kerana dah berjanji berani untuk menyampaikan. Jadi untuk melihat penyampaian yang baik mendapat rahmat oleh Allah S.W.T. dengan cara berdoa dengan baik. Mintalah jalan yang lurus dan jangan jadi jalan yang menyesatkan.

Monday, December 9, 2013

Isteri saya



               

Setiap kecantikan adalah anugerah ALLAH

Monday, December 2, 2013

4. Percaya Kepada Nabi dan Rasul

Sambung Catatan Percaya Kepada Nabi dan Rasul
Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah
  1. Nabi Nuh a.s.
  2. Nabi Ibrahim a.s
  3. Nabi Musa a.s
  4. Nabi Isa a.s
  5. Nabi Muhammad s.a.w
Rasul yang wajib diketahui
Antara para nabi dan rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:
  1. Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
  2. Nabi Idris a.s.
  3. Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Hud a.s.
  5. Nabi Saleh a.s.
  6. Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
  7. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
  8. Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq a.s.)
  9. Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail a.s.)
  10. Nabi Ya'akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
  11. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
  12. Nabi Ayub a.s.
  13. Nabi Syu'aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
  14. Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
  15. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
  16. Nabi Zulkifli a.s.
  17. Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
  18. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
  19. Nabi Ilyas a.s.
  20. Nabi Ilyasa’ a.s.
  21. Nabi Yunus a.s.
  22. Nabi Zakaria a.s.
  23. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
  24. Nabi Isa a.s.
  25. Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)

Sambung Catatan Baru 2013. Mantap Iman

Catatan yang akan berakhir pada bulan ini Disember 2013.
Mula2 dengan lebih dekat kenal dengan Rukun Iman. Ia ada 6 Perkara.
Percaya Kepada:
1. Allah 2. Malaikat 3. Kitab 4. Nabi dan Rasul 5. Hari Kiamat 6. Qadak dan Qadar


1. Belajar sifat dua puluh tu......dan tanamkan IMAN

Sifat 20 Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

4. Kenali Rasul dengan lebih dekat dan ceritakan kepada anak2

Mula dengan catan baru 2 Disember 2013

Mula dengan catatan hari ini 2 Disember 2013. Bermacam telah berlalu tetapi cuba menggunakan ilham dalam kenangan.....