Sunday, May 31, 2015

Buah Kurma






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/07/jenis-jenis-buah-kurma.jpg
Kurma Ajwa (Kurma Nabi):
Kurma Ajwa merupakan yang paling dikaguminya dan merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW. Hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia), warna hitam, tekstur lembut, tidak manis dan cita rasanya mirip kismis.
Kurma Sekki :
Ada dua warna, atas kekuning-kuningan sedang bawah kecoklatan, bagian yang kuning lebih keras, yang cokelat lebih empuk serta kenyal, rasanya manis sedang.
Kurma Barhi :
Warna coklat cerah, manis sedang, tekstur lembut seperti durian, ada sedikit rasa caramel
Kurma Kholas :
Warna cokelat terang keemasan mirip kurma barhi, hanya saja ada citarasa coffee caramel, tekstur empuk rasa manis sedang.
Kurma Khidri :
Warna maron gelap lebih kering, kenyal, tidak terlalu manis paling banyak diproduksi, biasa digunakan bahan dasar olahan kurma, mulai dari kurma isi almond, orange, hingga campuran cokelat.
Kurma Mactoumi :
Warna sedikit hitam kemerahan , permukaan agak keriput, kenyal, rasa manis,
Kurma Sokari :
Tekstur kenyal lembut tapi ada juga jenis yang keras, paling disukai di Arab Saudi, sedikit kering dan manis.
Kurma Silaj :
Warna cokelat kemerahan bentuk lonjong, tekstur lembut rasa manis sedang
Kurma Majol :
Warna cokelat sangat manis lembut dan kenyal
Kurma Monief :
Warna cokelat terang, tidak begitu besar, manis sedang dan tekstur lembut.
Kurma Noor :
Warna tengahnya bersinar kemasan jika dihadapkan pada sinar matahari. Rasanya tidak terlalu manis.
Kurma Amir Hajj :
Tekstur tebal dan empuk. Dikenali juga sebagai ‘kurma tetamu’ kerana ia biasa dihidangkan.
Kurma Halawy :
Warna cokelat terang. Rasanya sangat manis, lembut dan berukuran kecil sederhana.
Kurma Khastawi :
Tekstur berlendir seperti sirap dan empuk. Biasa dijadikan hidangan penutup.
Kurma Khadrawy :
Tekstur lembut, rasanya manis, dan bewarna sangat gelap. Digemari di negara-negara Arab.
Kurma Zahdi :
Warna cokelat muda kemasan bentuk lonjong, tekstur sederhana dan banyak digunakan dalam masakan.

Kurma mampu menguatkan sel-sel usus, menurunkan tekanan darah dan memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung kerana ia memiliki kandungan protein dan serat yang tinggi. Kurma mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, dan kalium dalam jumlah cukup banyak. Selain itu, buah ini memuat berbagai zat gizi lainnya, yaitu zat besi, vitamin B1, dan asam nikotinat yang berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit, dan saraf agar tetap sehat dan penting untuk jantung.

Terdapat tidak kurang 1,400 jenis kurma di seluruh dunia, Di Arab Saudi sahaja ada sekitar 400 jenis, belum lagi di Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California dan tempat lainnya. Antaranya;
Kurma Ajwa, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodry, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma nabtat ali, kurma nobouth saif, kurma nobouth sultan, kurma rushodia, ruthana, ruseiz, safawi, segae, shagra, sheishe, shibibi, sukkari, sullaj, wannana dan kurma al barakah.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam Surah Maryam ayat 25 :
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25)

 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. 
 
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.
  
KHASIAT KURMA
 
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering
%
Gula
Lebih 50
Protein
Lebih 2
Lemak
Lebih 2
Sumber Mineral
Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.
Kurma Mencegah Serangan Stroke
•        Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup  Lima Butir Sehari..!

*      Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap  400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana  kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer

*      Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat.

Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi  boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi

*      Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  
Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim


SEKIAN////

Monday, May 11, 2015

KAU YANG TERSENDIRI - Jay Jay


Tika fajar menyingsing
Kau sendiri terasing
Merenung suria
Di pagi indah
Dengan mata berkaca

Kau bak sekuntum bunga
Di pinggir pergunungan
Tersisih sepi
Bersama mimpi
Yang tidak kesampaian

Kerendahan hatimu      ****korus dan ulang
Kerna menyedari kekurangan diri
Sehingga kau terlupa
Betapa luasnya
Oh Dunia

Keistimewaanmu
Bagai mawar nan biru
Kau tersendiri
Suci berseri
Izinku menghampiri

Thursday, May 7, 2015

KHASIAT BUAH GOJI



 
Buah Goji kering gred A

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun.
Buah goji segar

 

Buah Goji mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).
Pokok Goji
 


Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D 
Goji Juice Benefits , Dr. Earl Mindell + Miraculous Goji!

Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D, seorang pakar herba dan nutrisi telah menyenaraikan 34 sebab mengapa anda perlu mengambil goji:-
1.Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5.Goji mengurangkan risiko kanser
6.Goji mengurangkan kolestrol

7.Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
8.Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
9.Goji membantu mengurangkan berat badan
10.Goji melegakan sakit kepala dan pening
11.Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12.Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda

13.Goji menguatkan jantung anda
14.Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
15.Goji meningkatkan halangan penyakit

16.Goji meningkatkan respons imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17.Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18.Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)

19.Goji menghalang tumbesaran tumor
20.Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21.Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet)

22.Goji meningkatkan limfosit
23.Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24.Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25.Goji merawat simptom-simptom menopause
26.Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27.Goji meningkatkan kesuburan

28.Goji menguatkan otot dan tulang anda
29.Goji menyokong fungsi buah pinggang
30.Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31.Goji membantu batuk kering yang kronik
32.Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33.Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34.Goji membantu sistem penghadaman


Apa yang akan terjadi selepas anda makan goji
Goji Juice: Blood before & amp; after taking Goji Juice


CARA PEMAKANAN :


BUAH GOJI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN BERKHASIAT. MAKAN 3 , 5 , 7 ATAU 21 BIJI SEHARI, CARA MAKAN ADALAH KUNYAH ATAU RENDAM KE DALAM AIR SUAM SELAMA 10-20 MINIT. MINUM DENGAN MULAKAN LAFAZ BASMALLAH SERTA BERSELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW SERTA NIAT UNTUK KESEMBUHAN .
How to make Gogi Berry Juice/LookYounger
Cara membuat jus goji
GOJI SECARA RINGKAS
Membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Sesuai untuk KEBAHAGIAAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".
Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".

Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur.
Goji kaya vitamin 

Buah-buahan seperti anggur, pisang, betik, manggis, mempelam, nanas, epal, oren, anggur, lobak dan seumpamanya mempunyai pelbagai vitamin dan sangat enak untuk di makan. Manakala buah goji pun mempunyai khasiat iaitu 18 Amino Asid, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Khasiat paling menakjubkan yang dijumpai keatas goji yang telah dikeringkan mengandungi 18 amino asid (6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, lebih beta karoten berbanding karot dan menghairankan 500 kali ganda lebih Vitamin C berbanding buah 0ren - mengikut berat).

Ianya juga kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E. Goji yang paling baik adalah yang hidup subur tanpa pencemaran cuaca dan udara sekitar serta jauh terdedah daripada baja kimia .

INFO TAMBAHAN TENTANG BUAH GOJI.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).


Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.
 
"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."

Kegunaan
Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar ke seluruh dunia.  

Masakan. Secara tradisional, goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan; seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam/lalap. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.  

Perubatan Tradisional. Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India; bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkat tenaga batin dan sistem kesuburan, memperkuat kaki dan tulang, memperteguh sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah, dan melanjutkan usia. Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam minuman arak.  

Komersial. Buah Gojiberry boleh di makan, samada mentah atau kering. Harini, Gojiberry di buat jus minuman, di campur atau tanpa di campur dengan buah-buahan lain. Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan goji berry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis. Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt, dan minyak essential.

Kandungan Nutrien & Khasiat Gojiberry 

Menurut analisa yang dilakukan oleh "Beijing Nutrition Research Institute", China:

" Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan "carotenoids" yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu)." 
 

Menurut kajian tersebut, gojiberry juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis zat gizi, tinggi kandungan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan vitamin E. Lebih kurang 11mg/100g zat besi, di samping "betasisterol, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone - bahan anti-kulat), tetraterpenoids dan betaine untuk pencernaan. Gojiberry juga mengandungi "polysaccharides" yang menyumbang kepada sistem kekebalan tubuh. Gojiberry juga kaya dengan asid lemak, zat-zat omega yang menyihatkan tubuh, yang diperlukan untuk menghasilkan hormon, mempertingkat daya fikiran dan fungsi sistem saraf. Kandungan asid linoleic juga tinggi.

Dan menurut satu artikel lain yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
  • ‎19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.
  • ‎21 unsur zat galian/gizi, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ‎ditemui dalam makanan. ‎
  • 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
  • Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
  • Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
  • Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
  • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin E , jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam ‎bijiran.
  • Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar ‎kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk, dan masalah ‎prostat.
  • Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon, ‎dan melancarkan fungsi otak dan sistem saraf.
  • Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, ‎melegakan ketidak-selesaan ketika haid, dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
  • ‎Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
  • Physalin, sebatian alami yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan ‎kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.
  • Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan ‎mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot, ‎dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan ‎kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras ‎homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung. Ianya juga melindungi ‎DNA.
Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang istimewa untuk kesihatan !!!

Banyak analisa, dari masa kesemasa, dilakukan mengenai kandungan nutrien Gojiberry. Hasil kajian juga berbeda; mungkin disebabkan berbezaan varieti Gojiberry, tanah ia tumbuh, dan juga faktor iklim. Beberapa kajian lanjutan juga masih dijalankan untuk kesahihan kandungan nutrien Gojiberry. 

Hasil kajian di atas meletakkan Gojiberry no. 3 ranking dunia, di kalangan buah-buahan yang diketahui, terkaya dengan Vitamin C:

Foto Buah
Nama Buah
/Nama Sains
Mg/100gm
Kedudukan
Catatan
#1
Kakadu Plum, Gubinge, Murunga, Billygoat Plum
(Terminalia ferdinandiana)
‎2,300-3,150‎
luarbiasa
Pohon asli dari daerah pendalaman Australia; juga dibuat bahan kosmetik.
Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.
#2
Camu Camu‎, Cacari
(Myrciaria dubia)
‎2,700
luarbiasa
Pohon asli dari belantara Amazon, terutama Peru dan Brazil. Iras Gowok/Kupa/Kepa Indonesia, tapi bukan dong!!! Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.
#3
Goji Berry, Wolfberry, Murali
(Lycium barbarum)
‎2,500
luarbiasa
Banyak di China, Tibet, Himalaya, India dan Arab. Pohon ini sinonim dengan Yahudi, yahudi suka tanam pohon ini. Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.

#4
Jenis Jenis Buah Mawar(Rose)
1,150-‎2,500‎
luarbiasa
Ramai belum tahu ada spesis mawar (rose) mengeluarkan buah. Bunga ros jadi perhatian, dipetik untuk "rose, rose, i love you" lansung buahnya yang kaya vitamin C tak pernah terkesan.
#5
Barbados Cherry,
(Malpighia glabra)
‎ 1,678‎
luarbiasa
Asli Mexico, banyak tumbuh di Amerika Tengah & Selatan, India. Tumbuh subur di Malaysia, Indonesia; sudah banyak di Malaysia, sekadar tanaman hiasan. Isinya lebih masam kental dari Acerola. *berpotensi agro-business.
#6
Acerola,
(Malpighia glabra)
‎ 1,678‎
luarbiasa
Spesis sama dengan Barbados, sama tempat asalnya. Mudah tumbuh subur di Malaysia, Indonesia; sudah banyak tumbuh di Malaysia, sekadar tanaman hiasan. Isinya masam lembut seperti jambu air. *berpotensi agro-business.


Ma Wangshi berusia 121 tahun. Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma Wangshi suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan.
Dalam keheningan pagi,

Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr.Lei berusia 103 tahun! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr.Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai amalan memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun. Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi,mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti
kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wang Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

REKOD PANJANG UMUR YANG PERNAH DISAHKAN
Para cendekiawan moden telah mengesahkan tempoh hayat luar biasa seorang pakar perubatan Cina bernama Li Qing Yuen. Beliau dilahirkan pada tahun 1678 dan meninggal dunia pada tahun 1930, hidup sehingga usia 252 tahun dan ini merupakan kes orang yang paling panjang usia pernah direkodkan.Apakah rahsia usia panjang dan kehidupan aktif beliau? Rahsianya ialah mengamalkan sup yang dibuat daripada buah Goji setiap hari.