Monday, August 24, 2015

kayu manis

Nama Tempatan: kayu manis
Nama Saintifik: cinnamomum zeylanicum
Nama Lain: cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood
Famili: lauraceae
Lokasi dijumpai: Rempah
Asal:

keterangan:

Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan.Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi.Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu.Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.

kegunaan:

Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa.satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis.Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh.untuk keterangan lanjut sila rujuk < ahref="http://www.newscientist.com/news/news.jsp?id=ns99994413" target=_blank>pautan ini kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencekah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.


jintan hitam

Nama Tempatan: jintan hitam
Nama Saintifik: Nigella Sativa
Nama Lain: Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist,
fitches,black caraway, black onion seed,charnushka
Famili: Ranunculaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan rempah
Asal:

keterangan:

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi
dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean,
namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.
Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang
hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya)
dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan
bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12
hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul
yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang
kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.
Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen.
Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

kegunaan:


Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam
sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.Ia juga digunakan oleh ahli
perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan
masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal
Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk
meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali
sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan
ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal
terhadapat tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang
disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan
sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak
dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan
protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan
tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan
yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih
diperingkatkajianlagi.Pautanjintan hitam: 1.http://www.shamanshop.net/store/proddetail.cfm/
ItemID/16303.0/CategoryID/15500.0/SubCatID/3735.0/file.htm
http://www.planetherbs.com/articles/nigella.html

Lada Hitam

Nama Tempatan: Lada Hitam
Nama Saintifik: Piper Nigrum L.
Nama Lain: lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica(indonesia),Fulful, filfil(arab)
Famili: Piperaceae
Lokasi dijumpai: Rempah
Asal:

keterangan:

Lada hitam merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan menghasilkan buah.Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan Sarawak.Ia hidup subur dikawasan tanah tinggi dan berbukit.Lada hitam berasal dari Malabar , India dan dibawa ke Asia tenggara sejak 2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia.Kemudian ia tanam pula di Thailand, vietnam , china dan Sri lanka.Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah buahnya yang mempunyai bau yang kuat.Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering.Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih.lihat maklumat mengenai lada hitam di http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/generic_frame.html?Pipe_nig.html

kegunaan:

Selain digunakan secara meluas dalam masakan ,Dalam perubatan tradisional melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut,loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan.Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi.Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas.Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung.Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul.lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki.Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki.Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.