50+100 Hektar Ladang Ubi di Air Hitam Kepunyaan Azhar Food Suppliers Sdn Bhd. Waduh!.....seronok betul, memancing anak ikan talapia....ala hai kecik betul.
Tuesday, June 22, 2010
Ladang Ubi Di Air Hitam Johor 8 Jun 2010
50+100 Hektar Ladang Ubi di Air Hitam Kepunyaan Azhar Food Suppliers Sdn Bhd. Waduh!.....seronok betul, memancing anak ikan talapia....ala hai kecik betul.
Monday, June 21, 2010
Seminar JAWHAR 3/2010
Pagi pukul 7.20 aku dari rumah. Jalan agak sesak sikit tapi berjalan perlahan...Alhamdulillah sampai di Dewan Parcel E pukul 8.05 pagi. Terus daftar dan ambil beberapa pamplet. Duduk dan baca nota yang diberikan. Pukul 8.30 pagi masuk dewan dan jumpa member yang sama seminar. Perasmian seminar agak hambar...sebabnya tiada cerita situasi semasa...Pembentangan kertas kerta pertama bagus...banyak ilmu..Tajuk Harta Syubhah: Bagaimana Terhasilnya Dalam Sistem Kewangan Islam. Kertas Kedua agak hambar...Tajuknya Wang Tidak Patuh Syariah: Konsep dan Pelaksanaannya Di Majlis Agama Islam Selangor. Habis pukul 12.45 tgh.
Thursday, November 19, 2009
Ahlanwahsahlan 2 all
Saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah Suhanahuwataala kerana memberikan anugerah kejayaan yang cemerlang kepada anak saya Zunorain yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada 10.30 pagi 20 November 2009 Sekolah Kebangsaan Kampong Sungai Kantan Kajang Selangor. Nampaknya ia mengikut jejak langkah kakaknya dan abangnya.
Sunday, November 8, 2009
Peperiksaaan Semesta UITM
Peperiksaan Akhir Tahun Muhammad Zulkarnain
Malam tadi 08.11.09 waktu pukul 9.30 malam ia lepas baca buku dan tengok nota sikit. Ia tidur dan saya kata bangun awal dalam pukul 6.45 pagi. Ia bagun pagi dan mandi dan sarapan. Pukul 7.15 pagi terus pergi kesekolah........nampak ia macam takut...kesian. Mudah2an berjaya dengan cemerlang hendaknya....
Tahun 2014 Tamat Darjah 6.....alhamdulillah dapat keputusan UPSR2014 dengan 4B 1A tahniah, semoga maju dan terus berjaya....
Kursus Pengauditan Prestasi
Pagi 7.15 pagi pada isnin 09.11.2009 bertolak terus dari rumah untuk ke Akademi Audit Negara, untuk berkursus Pengauditan Prestasi mengenai Garis Panduan Baru. Tapi.........dah tersilap maklumat bahawa saya pergi masa tu bukan tarikh kursus sebenarnya ia hanya merujuk kepada surat tersebut minta pencalonan. Tarikh kursus akan dihantar surat satu lagi untuk panggilan ke kursus tersebut.Ha ha ha..... tulah akibat tak periksa detai main agak2 aja dan baca surat dan telefon.......lain kali ingat ......
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)


