Monday, March 17, 2014

KHASIAT ZA'FARAN











Saffron - Za'faran Dan Kesihatan
ZA'FARAN (Saffron)adalah sejenis pohon atau tumbuhan yang berasal dari Loridacces dengan 30cm hingga 50 cm ketinggian kebiasaanya. bunga za'faran punyai tiga kelopak berwarna ungu juga tiga daun yang berwarna ungu. untuk mendapatkan hasil 3kg-5kg maka 1 hektar tanah digunakan utk menghasilkan za'faran. oleh kerana terlalu susah dan sukar utk mendapatkannya maka harganya dikatakan barang yang paling mahal di dunia. za'faran mempunyai nilaian komersial dan khasiat yang sangat tinggi. Filamen Za’faran adalah stigma kering dari bunga za'faran. Setiap bunga tersebut mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran sekilo mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00



Dan oleh kerana bau dan kuasa warnanya yg kuat, hanya sedikit diperlukan sahaja Za'faran yang diperlukan. warna za'faran ialah kuning kemerahan serta bau yang sangat kuat. manfaat za'faran ialah menguatkan ingat dan menguatkan sel-sel otak manusia. disyorkan minum za'faran beserta dengan madu.

Za'faran dalam perubatan Islam dan Sunnah
Banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan otak. Dalam kitab Tibbul Imama A’li muka surat 381 Saiyidina Ali k.w menyatakan maksudnya:
"Barangsiapa yg memakan za’faran dan makan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”
Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & info-info dari internet.


-Mencerdaskan minda
-penyakit radang paru-paru
-sakit tekak dan tonsil
-Sebarang masalah kulit
-menghindarkan batuk
-selsema
-Sakit kepala atau migrane
-asma
-Muntah-muntah
-penyakit buah pinggang
-Gila babi atau sawan
-sukar tidur malam insomnia
-Demam
-Masalah limpa
-pembuka selera makan
-penyakit kanser
-lumpuh
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B
-Memudahkan penghadaman
-menghilangkan bau mulut
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
-Menambahkan tenaga zahir dan batin
-Masalah mati pucuk
-sembelit
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
-Menyembuhkan sakit perut
-pening
-sakit gigi
-sakit mata
-pelbagai penyakit lain, insya’ Allah.

Za'faran adalah herba yg sangat terkenal dan termahal dan dikenali sebagai King Of Spices

SEJARAH ZA'FARAN
ZA'FARAN juga digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah yg banyak menggunakannya untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap terbaik untuk kelazatan dan kesihatan...




1. ZA'FARAN DLM SEGI PERUBATAN
Dios Cerides -doktor bangsa Greek dari U.K menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti GALENO,TEOFAOTO,HIPPOCRATES,dan lain-lain terapi menganggap za'faran sebagai bahan pembuka selera, membantu masalah ketidakhadaman makanan dan menyumbang manfaat besar kepada kanak-kanak .
pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh bagi masalah pencernaan. Hasil kajian mendapati bahawa KHASIAT ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin.
Kajian oleh Allan Conney dari New Jersey pula bahawa pengunaan ZA'FARAN dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser Le Fiigaro Magazine 23/12/1994
Di Eropah ZA'FARAN banyak digunapakai di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dlm membuat minuman pencernaan dan manfaatnya terletak pada warna keemasan yang indah .

Di Mesir pula, ZA'FARAN dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi [1500 BC] sebagai tumbuhan yg berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, GALENO ,TEOFAOTO dan mereka mengunakannya sebagai :
~Membantu pencernaan makanan
~Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
~Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam
~Memberi ketenangan kepada bayi waktu tumbuh gigi
~Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
~Air anti spashodic
ZA'FARAN digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah sebagai untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap terbaik dalam kelazatan dan kesihatan sejak beribu tahun dahulu oleh para terapi’ dan pengusaha-pengusaha perubatan herba. Antara ramuan ubatan adalah seperti :
-Melancarkan haid yang tidak menentu
-Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
-Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
-Membantu menenangkan jiwa yang tertekan .
Di negara-negara Asia pula larutan ZA'FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta berkemampuannya untuk merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain. Pada zaman silam ianya terhad kepada wanita golongan di raja kalangan bangsawan dan saudagar kaya .


ZA'FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit menjadi cerah, oleh kerana itulah di India , ibu-ibu yang mengandung biasanya meletakkan dua tiga urat filamen daripada ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum bagi mendapat khasiat.
2. ZA'FARAN DALAM MASAKAN
ZA'FARAN menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa.
Di India ZA'FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam makanan seharian terutama dalam nasi, minuman dan pencuci mulut.

Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA'FARAN dan sejenis rempah [cardamurui] serta dihidangkan bersama ZA'FARAN.
Di Sepanyol banyak sirap yang menyegarkan disediakan bersama ZA'FARAN. Ada sejenis masakan yang menggunakan ZA'FARAN [Spanish Cuisine] sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah “Spanish cuisine”. Penggunaan meluas ZA’FARAN di Sepanyol sbagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam sprti Libro Del Arte De Cocina {1599 Ad} De Diego Granado , Libro De Paste Leria {1611 Ad}
Di Itali ‘Rissoho A La Milanese” adalah makanan termasyhur .
Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu yang bernama “Cake Za’faran”.
Di Jepun penggunaan ZA'FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan mentah-mentah bersama KHASIAT ZA,FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan itu.


3. ZAFARAN MINYAK WANGI .
Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ATTAR ZA'FARAN ianya bertaraf antarabangsa.
4. INDUSTRI TENUSU .
ZA'FARAN memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan khasiat Zafaran dan juga digunakan dalam pembuatan ais krim.
5. TEMBAKAU BERPERISA .
Rata-rata di India di mana mereka menggunakan tembakau perisa Za'faran yg dipanggil ‘Zafarn Zarda’.
6. INDUSTRI MAKANAN KESIHATAN.
Telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah sebagai untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap terbaik dalam pemakanan kesihatan termasuk makanan kesihatan yang telah diproses.
7. BAHAN PEWARNA .
Sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA'FARAN yg keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain.
Sehingga kini sami-sami buddha masih menggunakan ZA'FARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selepang yang mereka.


8. KECANTIKAN KESIHATAN .
Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai eleman penting dalam penghasilan produk penjagaan kulit. Penggunaan Za'faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus melembutkan kulit. Bagi mereka yg mengidamkan kulit yg cerah, Zafaran adalah jawapannya.
Bagi wanita yang mengandung khasiat Za'faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan lagi. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi utk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL .
Seperti rempah yang lain, Za'faran sgt terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari dahulu dan daripada penyelidikan sains terbaru, dari segi kegunaannya di dalam perubatan tradisional dan herba. Kini, Za'faran digunakan dlm menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia yang berbahaya dan khasiat za'faran ini bakal mengegar .
Kajian membukikan bahawa Za'faran adalah bahan terpenting untuk menggantikan dan mengingkirkan ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal pada suatu masa kelak.



No comments:

Post a Comment