Muhammad bin Idris al-Syafii, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie)
adalah ahli fiqah Islam
yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau
adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah
satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India,
Indonesia dan Malaysia. Buku karangan Imam Syafii Al Risalah
Riwayat
hidup[sunting
| sunting sumber]
Imam Syafie dibesarkan di Hijaz,
tanah asal Ahli Sunah Waljamaah.
Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq
dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan
oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir
di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau
yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu
fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau
di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi
ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah
bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai
pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika
beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Imam Syafii dilahirkan sama
ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan
dengan Asqalan atau Askelon di Turki
atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan
sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya
berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang
merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah
sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur
tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta'
karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi
pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada
bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong
Nabi Muhammad S.A.W setelah Perang Badar. Sejarah
keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber
inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
Membesar di kalangan puak Badwi,
Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau
dengan Muslim
bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin
Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi
hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik.
Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan
umur beliau ketika itu ialah 22 tahun. Satu riwayat menyatakan beliau pergi
menemui gabenor Madinah dengan berbekalkan surat pengenalan dari gabenor Makkah
dan meminta dipertemukan dengan Imam Malik. Pada mulanya gabenor Madinah itu
agak keberatan tetapi akhirnya dia menemani Imam Syafii pergi ke rumah Imam
Malik. Imam Malik kagum dengan kepintaran Imam Syafii lalu Imam Malik
membenarkan Imam Syafii mempelajari al-Muwatta' di bawah bimbingannya. Imam
Syafii kekal tinggal di Madinah sehinggalah Imam Malik meninggal dunia.
Keilmuan Imam Shafii menarik perhatian gabenor Yaman yang sedang mengerjakan
haji di Makkah. Ketika itu Imam Syafii berusia 30 tahun. Gabenor Yaman
mempelawa Imam Syafii untuk menjadi qadhi di Yaman. Kerjaya Imam Syafii
berjalan dengan baik. Bagaimana pun, perkhidmatan Imam Syafii ini berjangka
hayat pendek. Terbukti Imam Syafii adalah seorang qadhi yang adil, tetapi
beliau tidak lama kemudian tersangkut dalam pertelingkahan dan perselisihan
tempatan yangbukan sahaja menyebabkan Imam Syafii bukan sahaja kehilangan
jawatan malah diheret dengan rantai ke Iraq atas tuduhan menyokong Imam
Zaydiyyah Yahya ibn Abdullah yang menjadi saingan kepada khalifah Abbasiyyah.
Imam Syafii dibawa ke hadapan khalifah Harun al-Rashid di al-Raqqa, Iraq
bersama-sama tawanan-tawanan lain pada tahun 187H/803M. Tawanan-tawanan lain
dihukum bunuh tetapi Imam Syafii diampunkan setelah beliau berjaya membuktikan
kesetiaannya kepada khalifah. Dikatakan bahawa faqih mazhab Hanafi yang
terkenal, Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani yang hadir ketika itu juga membela
Imam Syafii. Dikatakan khalifah Harun berasa sukacita dengan penghujahan Imam
Syafii dan kemudiannya menjadi penaung beliau. Selepas insiden ini, Imam Syafii
makin rapat dengan al-Shaybani dan makin giat menumpukan kepada pembelajaran
fiqah dan tidak lagi terlibat dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada tahun 188H/804M, Imam
Syafii meninggalkan Iraq dan melalui Harran dan Syria lalu ke Makkah. Imam
Syafii kembali ke Baghdad pada tahun 194H/810M. Pada tahun 198H/814M, Imam
Syafii meninggalkan Iraq lalu menuju ke Mesir atas jemputan Abdullah ibn Musa.
Pada tahun itu juga al-Ma'mun menjadi khalifah setelah menewaskan saudaranya
al-Amin setahun yang lalu.
Di Mesir, Imam Syafii
mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Mesir. Di Mesir, beliau mengabdikan
diri pada pengajaran dan penulisan. Antara murid-muridnya di Mesir adalah
al-Rabi' ibn Sulayman al-Muradi, Abu Ya'qub al-Buwayti dan Abu Ibrahim Ismail
ibn Yahya al-Muzani. Mereka ini banyak mencatat kata-kata Imam Syafii. Di akhir
hayat Imam Syafii, beliau terlibat dalam perdebatan dengan seorang pengikut
mazhab Maliki di Mesir yang bernama Fityan. Fityan yang kalah dalam perdebatan
dengan Imam Syafii berasa tidak puas hati lalu mencaci Imam Syafii. Gabenor
yang menjadi penaung Imam Syafii mengarahkan Fityan diarak di jalan-jalan
sambil memegang sekeping papan yang bertulis 'inilah hukuman kerana mencaci
keturunan saudara terdekat Nabi'. Marah dengan hukuman itu, teman-teman Fityan
menyerang Imam Syafii seusai beliau mengajar. Imam Syafii cedera parah lalu
dibawa ke rumahnya di Fustat. Beberapa hari kemudian iaitu 30 Rejab 204H/820M,
beliau meninggal dunia. Beliau dimakamkan di perkuburan Bani Abd al-Hakam
berdekatan Gunung al-Muqattam. Pada tahun 608H/1212M, sultan Ayyubiyyah Mesir,
al-Malik al-Kamil membina sebuah kubah di atas makam Imam Syafii yang masih
wujud sehingga ke hari ini dan sentiasa dilawati pengunjung.
No comments:
Post a Comment