Sunday, April 26, 2015

KHASIAT KUNYIT


kegunaan:
Kunyit (Curcuma longa) merupakan  sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
Khasiat;
Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)
Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.

No comments:

Post a Comment