Nama Tempatan: | Lengkuas |
Nama Saintifik: | Alpinia Galanga stuntz |
Nama Lain: | Greater Galangal, laos,laja |
Famili: | Zingiberaceae |
Lokasi dijumpai: | Tanaman rempah |
Asal: Asia | |
keterangan: |
|
Lengkuas merupakan tanaman rempah yang biasa ditemui ditanam
di sekitar rumah. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun.Ia boleh
mencaai ketinggian hingga 2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran
rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut.Ia
membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa
digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat
mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar.Lengkuas memerlukan tanah yang
bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.
|
|
kegunaan: | |
Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera
makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai
ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan
dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.
lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan
cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan
segenggam daun dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga
mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi dan malam.
kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk
merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia
sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum
pagi dan malam.
lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik
|
Sunday, April 26, 2015
KHASIAT LENGKUAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment